REVIEW: Demon Slayer (Kimetsu no Yaiba) the Movie: Mugen Train

   

Source: imdb.com


Akhirnya filem ini keluar di laman web untuk tontonan secara online. Sebenarnya aku tak jangka yang filem ini telah berada di laman web pada bulan Jun ini memandangkan belum cukup setahun ditayangkan secara rasmi (Oktober 2020). Kebetulan, aku juga baru tamat menduduki peperiksaan akhir semester 4. Cantik!

Secara keseluruhan, kualiti gambar dia memang sangat menarik. 

Kenapa? 

Bila mana adanya objek dan pemandangan 3D yang diselitkan, kaedah ini memberi kesan yang lebih menarik kepada mesej yang ingin disampaikan dalam setiap babak. Kita juga boleh fully immersed dalam tema malam yang menjadi latar masa utama filem ini.

Dari segi warna? 

Tona warna divariasikan dengan baik. Contohnya bila watak hero berlawan dengan musuh, kontra warna pada setiap watak menekankan keadaan dan perasaan mereka. 

Latar tempat? 

Kebanyakan babak dalam filem ini hanya melibatkan kereta api dan landasannya sahaja. Ringkas tapi unik. Teringat filem Train to Busan!


Tanjiro
Source: comicbook.com


Kyojuro
Source: comicbook.com

Apa scene kegemaran?

Scene yang paling aku suka ialah sewaktu Kyojuro senyum pada Tanjiro. Kemudian... 

Kejap

Anda semua dah tontonkan filem ni?

Sebab ada spoiler part dalam review ini. Hehehe. Kalau sudah, ayuh sambung!

Sewaktu Kyojuro tersenyum, keadaan dia sudah separuh nazak. Jadi, dia ambil peluang yang berbaki untuk menyampaikan hasrat dan nasihatnya. Antara nasihat yang remarkable bagi aku ialah "pastikan hati anda sentiasa terbakar🔥". 

Goosebump! 

Pesanan itu memang sesuai dengan Kyojuro yang memegang gelaran sebagai Hashira Api.

Ada juga babak lain yang membuatkan bergenang air mata. Cuma waktu tu aku masih cool dan tak terkesan sangat. Tsk..tsk..😂


Inosuke
Source: comicbook.com

Seterusnya, apa pengajaran daripada filem ini?

Pada pendapat aku, ada beberapa. 

Pertamanya, kita mesti sentiasa cuba untuk keluar daripada comfort zone diri sendiri. Nak berasa selesa sememangnya tiada masalah cuma keselesaan yang berterusan akan melambatkan bahkan mungkin menjadikan suatu impian kekal menjadi sekadar angan-angan. 

Sebagai contoh, Tanjiro dan kawan-kawanya dikawal oleh sebuah jampi. Jampi yang membuatkan mereka mengalami mimpi yang sangat indah. Berdasarkan personaliti dan latar belakang masing-masing. Sewaktu hendak terjaga dari mimpi, Tanjiro dilema sama ada ingin bangkit ke realiti atau terus berada di dalam mimpi bersama-sama ahli keluarganya yang hakikatnya sudahpun tiada.

Kedua. Kawan sangat penting dalam kehidupan. 

Ketika Tanjiro cuba berlawan dengan jampi yang dilancarkan kepadanya, Inosuke berjaya menyelamatkan Tanjiro daripada terbunuh diri sendiri. Kecuaian Tanjiro ketika menangkis jampi adalah disebabkan helah yang diselitkan oleh demon yang bernama Enmu. Tanpa Inosuke yang peka akan situasi tersebut, Tanjiro mungkin sudah terkorban. 

Tanpa kawan kita di sisi, perjuangan mungkin akan menjadi lebih sukar.

Dan yang terakhir ialah kesungguhan. 

Sebelum mula bertarung, Akaza yang merupakan seorang demon veteran menawarkan Kyojuro agar turut menjadi demon serta akan menikmati kekuatan yang melangkaui kekuatan manusia biasa. Dengan jati diri yang telah dibentuk oleh ibunya, Kyojuro tanpa ragu-ragu menolak tawaran tersebut. Berbekalkan nasihat ibu dan semangat berjuang yang ampuh, Kyojuro berjuang sehabis baik walaupun tidak berjaya menewaskan Akaza.


Akaza menentang Kyojuro
Source: comicbook.com

Sebagai penutup, suka untuk aku kaitkan dengan sebuah analogi.

Aku cuba ibaratkan setiap kelebihan yang kita semua miliki seolah-olah seperti sebilah pedang katana. Kelebihan sama ada dari sudut bakat, pangkat mahupun kudrat perlu diasah dan digunakan dengan tujuan yang baik. 

Setiap kelebihan yang dimanfaatkan ibarat sebuah katana (pedang) perjuangan. Ketajaman pedang yang diasah secara konsisten mampu meningkatkan bukan sahaja nilai diri, bahkan nilai masyarakat, agama dan negara. InsyaAllah 😊

Baiklah, sampai di sini saja entri untuk kali ini.

Minta maaf atas segala salah dan silap.

Sekian, terima kasih.


#STAYSAFE 

    


Comments

Popular Posts