Skip to main content

Posts

Featured

REVIEW: Demon Slayer (Kimetsu no Yaiba) the Movie: Mugen Train

    Source: imdb.com Akhirnya filem ini keluar di laman web untuk tontonan secara online. Sebenarnya aku tak jangka yang filem ini telah berada di laman web pada bulan Jun ini memandangkan belum cukup setahun ditayangkan secara rasmi (Oktober 2020). Kebetulan, aku juga baru tamat menduduki peperiksaan akhir semester 4. Cantik! Secara keseluruhan, kualiti gambar dia memang sangat menarik.  Kenapa?  Bila mana adanya objek dan pemandangan 3D yang diselitkan, kaedah ini memberi kesan yang lebih menarik kepada mesej yang ingin disampaikan dalam setiap babak. Kita juga boleh fully immersed dalam tema malam yang menjadi latar masa utama filem ini. Dari segi warna?  Tona warna divariasikan dengan baik. Contohnya bila watak hero berlawan dengan musuh, kontra warna pada setiap watak menekankan keadaan dan perasaan mereka.  Latar tempat?  Kebanyakan babak dalam filem ini hanya melibatkan kereta api dan landasannya sahaja. Ringkas tapi unik. Teringat filem Train to Busan! Tanjiro Source: comicbook

Latest Posts

Kalau Single

REVIEW: The Boy and The Beast (Bakemono No Ko)

REVIEW: Misi Budak Tahfiz

REVIEW: The Lego Movie

REVIEW: Tawaran Kanada kepada Rohingya

REVIEW: Travelog MR Traveller

REVIEW: Cars 3